72227

Syed Shamim Mampu Berdiri Tanpa Tasha Manshahar. - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

 

syed-syamim

Sebelum ini nama penyanyi Syed Shamim sangat sinonim sebagai rakan duet kepada Tasha Manshahar. Malah pasangan duet ini sering dilanda gosip cinta sehingga dikatakan bakal berkahwin.

Namun mereka menafikan perkara itu malah Tasha menjelaskan dia hanya menganggap Syed Shamim seperti adiknya sendiri.

Gandingan mereka dilihat begitu serasi dan lagu-lagu dendangan mereka juga popular antaranya Be Mine dan Ragu-Ragu.
Namun kini kedua-dua mereka cuba bergerak secara solo sehingga menimbulkan spekulasi bahawa tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Syed Shamim juga pernah mengakui beliau gusar akan kehilangan peminat selepas cuba tampil solo sehingga menimbulkan spekulasi yang beliau menumpang populariti Tasha.

Namun semua itu terbukti tidak benar. Mana taknya tahun lepas Syed Shamim telah tercalon sebagai Top 5 Penyanyi Lelaki Popular ABPBH29.

Ini membuktikan bahawa Syed Shamim mampu bergerak secara solo tanpa dibayangi Tasha. Kami percaya rezeki ada di mana-mana dan kami yakin Syed Shamim mampu pergi lebih jauh berbekalkan bakat serta wajah comelnya yang mampu membuat hati gadis-gadis di luar sana cair.

Kepada peminat-peminat Syed Shamim jangan ketinggalan menyaksikan persembahan beliau secara langsung di Konsert Jelajah Suria 10 Tahun bertempat di Perkarangan Pasar Raya Mydin USJ Subang Jaya pada 29 April 2017 bermula 8 malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!