85545

Tahniah Cristina Suzanne - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba pelakon cantik Cristina Suzanne memuatnaik gambar nikahnya di Instagram.

Ramai yang terkejut melihat gambar itu kerana Cristina agak lama menyepi dari dunia lakonan cuma baru-baru ini sahaja dia muncul dengan filem Surf This Love.

Difahamkan suami Cristina berasal dari Johor dan mereka telah bernikah pada 31 Mac 2018 lalu.

screen-shot-2018-04-02-at-11-36-34-am

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Cristina di Instagramnya termasuklah rakan-rakan selebriti.

Apa-apa pun selamat pengantin baru SURIA ucapkan kepada Cristina dan suami. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!