88810

Tahniah! Fizi Ali Bakal Bergelar Bapa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tiada apa yang paling menggembirakan buat pasangan yang berkahwin selain dianugerahkan cahaya mata.

Itulah yang dirasai oleh penyampai Team Pagi Suria iaitu Fizi Ali yang baru sahaja mengesahkan bahawa isterinya iaitu pelakon Shakila Koriri sedang hamil dua bulan.

Menurut Fizi, pada mulanya dia tidak mahu terlalu teruja dan menghebohkan perkara ini kerana kandungan Shakilla masih di peringkat yang terlalu awal.

Namun bagi menjawab pertanyaan wartawan, dia mengiyakan juga pertanyaan mengenai zuriat.

“Pada mulanya saya pun tak berani nak bagitahu sesiapa sebab ia masih dalam proses yang sangat baru. Apa-apa pun boleh terjadi. Sebab itu saya diam dulu tunggu bila perut dah besar sikit baru saya beritahu”, jelasnya.

Tambah Fizi lagi, dia seakan tidak percaya bahawa dia bakal bergelar seoran bapa tidak lama lagi.

” Masa kahwin dulu pun saya macam tak percaya saya dah bergelar suami, tiba-tiba dah nak ada anak saya tertanya-tanya betul ke saya dah nak ada anak ni,” ujarnya teruja.

Wah! Tahniah SURIA ucapkan kepada Fizi dan Shakila. Tak sabar la nak tunggu bayi mereka berdua ini lahir nanti. Pasti comel macam ibu-bapanya juga. Tapi jangan nakal-nakal macam ayahnya tau!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!