100027

Tahniah! Katherine Schwarzenegger Dan Chris Patt Sambut Kelahiran Bayi Perempuan - Suria FM - Segalanya Hiburan

PASANGAN selebriti iaitu Katherine Schwarzenegger dan Chris Pratt meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, adik kepada Katherine iaitu Patrick Schwarzenegger berkongsi berita gembira tersebut menerusi temu bual bersama Entertainment Tonight pada Isnin.

“Mereka bertiga dalam keadaan baik. Saya ada berikan hadiah untuk Katherine,” kata Patrick.

Bagaimanapun, sehingga kini Chris dan Katherine tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kelahiran bayi perempuan mereka.

Biaripun kedua-duanya tidak mengesahkan berita gembira tersebut namun kereta milik Chris dilaporkan berada di Hospital St. John, Santa Monica pada Sabtu lalu.

Kathrine dan Chris mengumumkan pertunangan mereka pada Januari tahun lalu.

Chris mempunyai seorang anak lelaki bernama Jack hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga pelakon Anna Faris.

Kredit gambar dan artikel dari mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...