72138

Tahniah! Nora Danish Sah Menjadi Isteri Nedim Nazri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, kini pelakon cantik yang bertubuh kecil iaitu Nora Danish telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.

v

Nedim juga merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini selain mempunyai seorang putera.

3

Ini merupakan perkahwinan Nora yang kedua apabila sebelum ini beliau pernah menjadi isteri yang sah kepada Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Jejai’ dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal yang kini sudah berusia 8 tahun.

g

Pelakon jelita ini juga pernah memberitahu bahawa beliau hanya mengimpikan majlis perkahwinan yang kedua ini diadakan dalam suasana sederhana sahaja.

1

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat Nora Danish dan Nedim selain turut mendoakan supaya rumah tangga yang dibina buat kali kedua ini kekal hingga ke akhir hayat.

8567

Kami di SURIA juga ingin mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini dan semoga ia akan terus kekal sampai bila-bila. Tahniah lagi sekali!

2

2

1

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!