90817

Tahniah! Rossa Kini Bergelar Dato’ Sri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa telah dianugerahkan pingat darjah kebesaran daripada Istana Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Dato Sri Rossa menerima pengat darjah kebesaran itu sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, hari ni (24 Oktober 2018).

Beliau telah berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram berserta kapsyen ucapan terima kasih.

Kata Dato’ Sri Rossa, sebagai orang Indonesia, beliau sangat bangga dengan hubungan antara dua negara ini.

Lima tahun lepas, Dato’ Sri Rossa telah menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ dari Istana yang sama.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Dato’ Sri Rossa di atas penganugerahan ini. Cantik Dato’ Sri Rossa berbaju kurung.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!