88544

“Tahun Ini Adalah Tahun Saya” – Zahirah Macwilson - Suria FM - Segalanya Hiburan

Melihat perjalanan seni aktres seorang ini, nyata Zahirah MacWilson sedang mendaki puncak populariti.

Buktinya, drama-drama lakonan Zahirah berjaya mendapat rating yang tinggi sehingga menjadi bualan ramai.

Baru sahaja tamat drama Tak Ada Cinta Sepertimu bergandingan dengan Syafiq Kyle, nama Zahirah sekali lagi meniti di bibir peminat drama Melayu menerusi drama slot Akasia, Jangan Benci Cintaku.

Zahirah sewaktu ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta produk Meeracle berkata, tahun ini adalah tahun untuknya memperbaiki kerjayanya sama ada dari segi lakonan mahupun kerja.

“Saya baru tiga tahun dalam industri. Tahun pertama dan kedua, saya masih banyak belajar. Berlakon pun tak berapa okay sangat. Tapi secara perlahan-lahan Inshaallah saya akan buat lebih baik”, katanya.

Tambah Zahirah lagi, jika sebelum ini dia sering terganggu dengan kisah peribadinya. Namun kini dia lebih fokus sejak kembali bergelar solo.

“Bergelar solo sangat memainkan peranan yang penting. Bila kita bersendirian, kita akan jadi lebih fokus tentang diri kita. Jadi pada saya tahun ini adalah tentang saya dan tahun untuk lebih menyayangi diri saya sendiri dan menjadi lebih baik”, ujarnya.

Baguslah tu Zahirah. Awak tu masih muda, cantik dan berbakat. Inilah masanya untuk Zahirah fokus dengan kerjaya yang sedang memuncak itu. Semoga lebih banyak lagi kejayaan yang dikecapi oleh Zahirah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!