87117

“Tak Ada Hak Nak Komen, Saya Tak Kenal Syafiq Secara Peribadi’ – Hannah Delisha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kontroversi penyebaran video lucah yang dikatakan membabitkan pelakon popular Syafiq Kyle telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah selebriti tempatan.

Ramai rakan selebriti yang meluahkan rasa simpati serta memberikan kata-kata semangat kepada aktor drama NUR itu.

Aktres yang sering bergandingan dengan Syafiq, Hannah Delisha mengakui dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Syafiq.

“Saya ada dengar tentang kontroversi itu, tetapi saya tidak boleh komen tentang itu sebab saya tidak kenal dia secara peribadi jadi saya tak ada hak nak komen apa-apa tetapi untuk bagi dia kata-kata semangat saya ucapkan semoga berjaya, kekal positif, dan kuat.

Kata Hannah lagi, dia turut sedih dengan orang sekarang yang sesuaka hati membuka aib orang di media sosial dengan begitu mudah terutamanya di bulan Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Hannah bakal muncul dengan drama adaptasi popular Korea Selatan, Full House bergandingan dengan Aiman Hakim Redza.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!