72098

"Tak Berani Nak Cakap Yang Kami Takkan Bercinta" – Ayda Jebat Komen Tentang Seorang Pelakon Lelaki - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama pelakon dan penyanyi Ayda Jebat pernah terpalit dengan kisah cinta yang kononnya beliau sedang hangat bercinta bersama seorang penyampai radio.

12308688_1677310569177534_5266903798542975602_n

Kini, nama lagi sekali dikaitkan dengan seorang pelakon kacak iaitu Redza Rosli apabila mereka kelihatan sangat rapat dan rata-rata netizen mendakwa bahawa mereka memang sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing apabila mereka sering memuat naik gambar bersama di akaun Instagram mereka.

img-20151203-wa0011

Walau bagaimanapun, Ayda telah tampil bagi menafikan khabar angin tersebut dan apa yang difahamkan, mereka mula menjadi kawan rapat apabila digandingkan dalam sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’ (sama perangai) dengan saya. Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami.”

Bagi Redza pula, beliau juga menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka hanyalah sekadar kawan rapat dan beliau juga tidak menyangka gambar yang dimuat naik olehnya akan mencetuskan kontroversi antara beliau dan Ayda.

7n_aydakuruskanbadan00

Apabila ditanya kepada Ayda apakah yang membuatkan beliau berasa sangat senang berkawan dengan Redza, Ayda hanya menjawab faktor usia yang sebaya dengan beliau yang menguatkan lagi keserasian itu.

doc6t9mrxzm581k5s0t8ys

“Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama.  Mungkin sebab itu juga ketika di set (penggambaran) kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham.”

Bagi kami di SURIAfm, tiada salahnya pun jika mereka berdua menjalinkan hubungan ke tahap yang lebih serius kerana masing-masing masih belum berpunya.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!