72179

"Tak Payahlah Busuk Hati Bro" – Hafiz Hamidun Sound Zed Zaidi Depan-Depan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Walaupun isu Najip Ali yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia sudah lama berlalu tetapi ia masih memberi kesan terhadap sesetengah netizen untuk meluahkan pendapat mereka masing-masing terhadap isu ini.

35536076_-_23_07_2015_-_nspesta04

Apa yang lebih menghangatkan lagi apabila Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah mengeluarkan kenyataan tentang Najip Ali walaupun pihak stesen Mediacorp 5 dan Najip Ali sudah tampil memohon maaf tetapi permohonan itu tidak diterima oleh Zed Zaidi.

zed-zaidi-4

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan tidak puas hati dengan sikap Zed Zaidi yang dilabelkan sebagai seorang yang sangat sombong dan seperti sengaja mahu memperbesarkan isu ini.

tumblr_o90j8gkkhz1vxqp6wo1_1280

Sebelum ini, pengacara popular iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi telah tampil bagi memberikan pendapat beliau berhubung isu Najip Ali dan kata-kata yang diluahkan oleh Pak Nil itu mendapat sokongan yang padu dari netizen.

Ia tidak terhenti disitu sahaja apabila penyanyi, Hafiz Hamidun juga mengambil pendekatan untuk menyelar tindakan Zed Zaidi dengan memuat naik status di akaun Twitter miliknya.

najipBaru-baru ini Zed Zaidi juga ada memberitahu media bahawa beliau tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh netizen terhadapnya.

Apa lagi yang Zed Zaidi mahukan dari Najip Ali? Jawapannya hanya ada pada Zed Zaidi dan apa yang boleh diharapkan agar isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik kerana pihak stesen dan Najip Ali sudah pun memohon maaf.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!