72150

Tak Salah 'Dating' Walaupun Berhijab – Sarah Hildebrand - Suria FM - Segalanya Hiburan

safi-oxy-white-291216-1003279-k

Pelakon dan pengacara TV Sarah Hildebrand yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara, Nabil Maher memberitahu bahawa biarpun dia sudah berhijab, itu tidak bermakna dia tidak boleh keluar bersama teman lelakinya.

“Saya rasa tak salah kalau saya nak keluar pergi ‘dating’ dengan teman lelaki saya. Yang penting adalah apa yang kita lakukan sewaktu pergi keluar dengan teman lelaki atau teman wanita. Sebagai seorang wanita Muslim yang berhijab, saya rasa yang paling penting adalah mengetahui peraturan serta hukum, selain batas-batas agama yang ditetapkan, ” jelas Sarah sewaktu ditemui di sidang media Jelajah Safi Balqis bersama Sony Music di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

sarahildebrand1

Sarah yang juga duta jenama tersebut tidak menafikan sejak dia mengenakan imej bertudung, memang kadangkala ada komen-komen negatif dari beberapa pihak tapi dia tidak pernah menjadikan kritikan negatif sebagai satu masalah yang besar.

“Saya baru beberapa tahun memasuki industri ini, namun sejak berhijab semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah saya bersyukur. Dan mengenai komen negatif pula saya rasa orang lain tidak akan tahu apa yang saya lalui. Jadi biarlah kalau ada pihak yang ingin terus membuat andaian tentang diri saya. Saya sentiasa pertimbangkan kritikan yang positif dan membina. Kalau ada kebenaran di sebalik kritikan yang ditujukan, pasti saya juga akan menerima dan memikirkannya,” tambah Sarah lagi.

Artis jelita berumur 27 tahun ini juga memberitahu yang dia akan terbabit dalam beberapa projek lakonan baru yang belum boleh didedahkan. Namun begitu pada waktu yang sama dia juga sedang sibuk mengacara sebuah rancangan TV baru berjudul Tumit Tinggi yang akan disiarkan di RTM bulan ini pada setiap hari Ahad. Ia sebuah program buat para wanita yang ingin menunjukkan bahawa biarpun ramai wanita suka berkasut tumit tinggi dan kelihatan ayu serta lemah lembut, itu tidak bermakna mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti lasak.

safi-oxy-white-291216-1003032-k

“Saya sendiri sebenarnya boleh tahan lasak juga. Saya suka bersukan dan tidak ada masalah untuk melakukan aktiviti seperti itu. Cuma orang mungkin berfikir dengan imej saya seperti ini, saya tak kelihatan seperti seorang yang aktif, ” ujar Sarah.

 

Kala ditanya bilakah dia dan Nabil akan mengakhiri zaman bujang mereka, Sarah jujur mengatakan yang dia belum tahu lagi buat waktu ini.

Apapun kami di Suria sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua rakan-rakan artis, dan jangan lupa untuk selalu berkongsi berita gembira dengan kami!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!