72078

'Takkan Nak Kena Ingatkan?' – Elly Mazlein Sindir Si Dia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sudah hampir satu tahun hubungan rumah tangga Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta terhenti ditengah jalan tetapi itu bukan bermakna wanita bernama Elly akan terus kaku disitu. 

Foto Ihsan : Utusan
Foto Ihsan : Utusan

Lihat sahaja apa yang telah dikecapi oleh Elly selepas mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal dalam membesar puteri sulungnya iaitu Putri Sara Sefhia. Salute!

Baru-baru ini, Elly telah mengadakan majlis hari jadi Sefhia yang pertama dan apa yang memeranjatkan tiada langsung kelibat bekas suaminya sepanjang majlis itu berlangsung.

Foto Ihsan : Oh Whuuut!
Foto Ihsan : Oh Whuuut!

Walau bagaimanapun, Elly hanya mampu menganggap Azmi seolah-olah mahu lepas tangan daripada mengalas tanggungjawab sebagai ayah kepada Sefhia. 

“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada. Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup.

“Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa. Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tak menjemput dia ke majlis sebab ada atau tidak, sama sahaja. Patutnya sebagai bapa dia tahu, takkan kena ingatkan.”

Jika diingatkan kembali, Azmi juga tidak muncul pada majlis aqiqah Sefhia yang berlangsung pada awal Februari lalu walaupun Elly sendiri sudah menjemputnya.

Foto Ihsan : Youtube
Foto Ihsan : Youtube

Hati wanita mana yang tidak terasa jika anak hasil perkahwinannya bersama lelaki tersebut diperlakukan sedemikian oleh ayahnya sendiri. Jauh disudut hati Elly, mungkin beliau juga sudah mula malas untuk memikirkan soal Azmi Hatta. 

Apa yang kami di SURIAfm boleh katakan, walaupun hubungan sudah berakhir tetapi ikatan antara ayah atau ibu terhadap anak kandungnya masih kekal sehingga ke akhir hayat. 

Kenangan.. Tidak pernah merasa di manjakan sewaktu mengandungkan Sefhia.. Segalanya sendiri .. Syukur punya abah di sisi.. . bersyukur juga.. Sepanjang Sefh dalam kandungan, Sefh tak banyak ragam.. Syukur Kerna di permudahkn sepanjang mengandungkannya.. . Apabila di lahirkan.. Disebalik kesyukuran dan kenikmatan.. Terselit Sedih jua .. Tidak di jangka..Sefh Terkena Serpihan tidak pernah merasa sentuhan mandian, urutan,gurauan, berjalan,hadiah Baju baru , toys apatah lagi menemani Lena Akibat dari tentangan dan iri rasa si Penumpang Jalanan.. . Tidak Mengapa, Sayang.. Ini bahagian bahagia kita .. Senyumlah sayang.. Kita terima , hadam dan sebatikan.. InsyaAllah, bahagia menanti kita.. Pimpin tangan mama, sayang.. Kita teruskan perjalanan kita ya sayang.. . #MySefhiaTurns1 #PutriSaraSefhiaHanafi #9March2017

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on

Tidurlah Wahai Anak .. Pejamkan Lena Mu .. Pabila Matamu Terbuka,Senyummu yg mama pinta.. Untuk Menjadi Ubat hilang segala gundah . Jangan di renung mata mama, sayang.. Biar Segala jerih Akan mama kunyah dan mamah .. Asalkan Kamu yg bernama Anak Selesa di Bantal Empuk.. . Jangan Takut utk tempoh hari Esok, sayang.. Hari esok dan Akan Datang adalah hari bahagia mu sayang.. Jangan dibenakmu memikirkan kesakitan mama.. Mama baik baik aja.. InsyaAllah segala kudrat yg masih punya .. Selagi nyawa masih di beri kesempatan.. Akan cuba yang paling sehabis daya mama berikan untuk mu Wahai Anak ku sayang.. . Ya sedar ..maaf.. Maafkan mama dan tahu adanya yang tidak sempurna.. InsyaAllah Akan mama tutup ikat mati agar kamu tidak terasa kamu sendiri tanpa ketua di sisi .. . Lena lah sayang.. mama sayang sefhia .. #PutriSaraSefhiaHanafi #MySefhiaTurns1

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!