71976

"Takkanlah Suami Sendiri Nak Aniaya Saya" – Nad Zainal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Memiliki pasangan hidup yang mempunyai sikap sentiasa positif serba sedikit akan mematangkan kita dan rumah tangga yang dibina. Ia jelas terpancar pada pasangan Nad Zainal dan suaminya iaitu Faliq.

7n_nadzainalbuatmajlis00

Kehadiran Faliq dalam hidup Nad Zainal sememangnya telah membantu pelakon itu untuk terus berjaya dalam kerjayanya. Tambahan pula, Faliq juga mengalas tanggungjawab sebagai pengurus kepada isterinya sekali gus menjadikan kerjaya Nad lebih tersusun dan tiada rahsia diantara mereka.

“Lagipun, Faliq bekerja dalam indsutri yang sama. Kebanyakan penerbit dan produksi yang menghubungi adalah kawan kami. Jadi urusan lebih mudah. Bagi saya, tidak wujud isu tak percaya. Sampai di rumah pun kami berbincang urusan kerja. Bagi kami, soal kerja boleh dibincag di mana-mana. Saya tak perlu bimbang soal bayaran yang diminta. Takkanlah suami sendiri nak aniaya saya.”

Faliq juga selalu berpesan kepada Nad supaya beliau cerdik dalam memilih karya yang mahu dilakonkan olehnya dan bukanlah sekadar tangkap muat sahaja.

Apa-apapun lakonan Nad Zainal memang selalunya menjadi. Berilah apa sahaja watak pasti wanita kecil molek ini akan memberikan yang terbaik untuk penonton dan peminatnya.

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!