89543

“Takpe Lepas Ni Saya Buat Filem Porno Pulak” – Nam Ron Kecewa Dengan Sambutan One Two Jaga - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem One Two Jaga arahan pelakon dan pengarah berbakat besar nam Ron baru sahaja menjengah pawagam di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Namun sambutan terhadap filem yang dibintangi oleh Zahiril Azim dan Bront Palarae itu seakan sepi di pawagam.

Melihat kepada situasi ini, Nam Ron telah meluahkan kekecewaanya di akaun Facebook milik beliau.

Kata Nam Rom dalam status yang dimuatnaiknya, jika dilihat di media sosial, ramai yang cakap mahu menyokong filem One Two Jaga di pawagam tetapi bila tiba hari tayangan, pawagam kosong tak ada penonton.

Katanya lagi, kini beliau baru tersedar yang selama ini beliau terpedaya dengan kata-kata manis di media sosial.

Namron juga menjelaskan bahawa beliau membikin filem bukanlah untuk mendapat pujian di media sosial atau pun menang anugerah semata-mata tetapi tujuan beliau adalah untuk ramai orang datang ke panggung.

Disebabkan itu juga, beliau membuat filem yang ringan dan mudah dihadam sehigga peringkat sekolah. Tetapi orang ramai masih tidak terpanggil untuk menonton filemnya di pawagam.

Tambah Namron lagi, mungkin penonton mengharapkan beliau membuat filem porn (lucah) baru mereka mahu datang menonton.

Aduh, kasihan pula SURIA baca luahan hati Nam Rom ini. Iyalah, filem yang dibuat dengan harapan dapat mengajak rakyat Malaysia menonton filem yang bermutu di pawagam, tetapi dipandang sepi.

Untuk pengetahuan semua, filem ini telah mendpaat perhatian sehingga ke peringkat antarabangsa seperti New York, Itali, dan juga China. Jika orang luar mampu menghargai karya Malaysia, kenapa tidak kita sendiri yang menyokong filem tempatan?

Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut. https://www.suria.my/promos/jelajah-suria-siri-kedua/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!