72114

Takziah Buat Hazama Dan Isteri Atas Kehilangan Cahaya Mata Pertama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Soal jodoh, maut dan rezeki itu kuasa DIA. Pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga?

Kami di SURIAfm ingin mengucapkan takziah buat isteri kepada penyanyi Hazama iaitu Genervie Kam yang baru sahaja kehilangan cahaya mata mereka yang pertama.

apm2014-2014-10-17-100

Berita sedih itu juga telah dikongsikan sendiri oleh Hazama dan Genervie di akaun Instagram milik masing-masing dan ia mendapat perhatian pengikut mereka yang tidak putus-putus mengucapkan takziah disamping mendoakan kesihatan Genervie.


Dalam masa yang sama juga, Genervie sempat memberikan kata-kata semangat buat dua orang protege Hazama iaitu Balqis dan Ucop yang bakal berentap dalam program realiti Mentor Milenia.

Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikulnya. Semoga ada rezeki buat Hazama dan Genervie dalam masa terdekat. Jangan putus berdoa dan berusaha.

Jom kita layan lagu Hazama!!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!