85159

Tanda Hati Fazura Untuk Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-03-06-at-9-07-27-pm

Umum sudah mengetahui malah dapat mendengarkan hasil album perdana Fazura yang dilancarkan pada 3 November lalu. Album yang mengandungi 9 buah lagu diterbitkan oleh antaranya Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Es-tranged), Ahmad “Kemat” Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat mendapat sambutan yang baik dari para peminat industri muzik tempatan.

Kini sebagai tanda hati Fazura buat para peminatnya, penyanyi dan pelakon terkenal ini mempersembahkan sebuah ‘showcase’ khas. Showcase ini bakal diadakan Clarke Ballroom, Le Meridien Kuala Lumpur pada 18 Mac ini bermula jam 4 petang.

Showcase ini merupakan sebuah penghargaan khas dari hati Fazura buat para peminat albumnya yang merupakan pembeli ‘pre order’ di platform Lazada. Malah buat yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, mereka masih berpeluang mendapat tiket melalui pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ONEMUSIC. Kempen ini berlangsung dari 1 Mac hinggalah 15 Mac ini. Aplikasi ONEMUSIC boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play Store

Gunakan #OneMusicLiveSession #OneMusicXFazura

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!