72086

Tayangan Beauty and The Beast di Malaysia ditangguhkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

bb_1sht_payoff_ver2_rev-a3-coming-soon

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak Disney di Malaysia mengumumkan bahawa tayangan filem Beauty and The Beast yang seharusnya bermula pada 16 Mac di semua pawagam Malaysia terpaksa ditangguhkan.

Pihak Disney tidak dapat memberikan penjelasan penuh tentang mengapa penangguhan itu dilakukan tapi menurut pihak pemasaran syarikat tersebut ia berikutan keputusan pihak dalaman berkenaan ‘penyemakan semula’ tarikh tayangan umum filem tersebut.

Ramai juga peminat yang kurang berpuas hati dengan pengumuman tersebut kerana ramai yang ternanti-nantikan tayangan filem hebat ini yang diberi nafas baru dari filem asalnya yang berbentuk animasi.

Filem Beauty and The Beast menampilkan nama-nama besar dunia filem Hollywood seperti Emma Watson, Ewan McGregor dan ramai lagi. Tarikh permulaan tayangannya untuk kesemua pawagam di Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!