91861

TEAM PAGI SURIA Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah menjelajah ke beberapa tempat di kawasan Pantai Timur pada bulan Oktober yang lepas, kini program Team Pagi Suria Belanja Makan kembali menemui peminat di sekitar Lembah Klang pula.

Pada hujung minggu ini, 22 dan 23 Disember, bertempat di SENADA Festival Makanan Warisan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Team Pagi Suria akan belanja makan 50 orang pendengar pertama yang menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun ke telefon pintar mereka.

Program Team Pagi Suria Belanja Makan ini juga akan melibatkan barisan penyampai SURIA seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo dan DJ Lin serta artis-artis jemputan seperti Nabila Razali, Ben Ladin, Luqman Faiz dan Fieya Julia.

 

Malah, di SENADA Festival Makan Warisan Selangor ini juga, penyampai-penyampai SURIA turut terlibat dalam beberapa aktiviti seperti Demo Membuat Kuih Kapit dan Demo Membuat Lempeng Pisang.

 

Sabtu, 22 Disember
1.00 petangDemo Membuat Kuih Kapit
3.00 petangPersembahan Artis Jemputan (Nabila Razali & Luqman Faiz)
4.00 petangTeam Pagi Suria Belanja Makan

 

Ahad, 23 Disember
11.00 pagiPersembahan Artis Jemputan (Fieya Julia & Ben Ladin)
1.00 petangDemo Membuat Lempeng Pisang
2.00 petangTeam Pagi Suria Belanja Makan

 

Terdahulu, Suria pernah menganjurkan program Team Pagi Suria Belanja Makan dan menjelajah beberapa kawasan di sekitar Pantai Timur Malaysia di mana pendengar dan peminat dibelanja sarapan dan makan malam serta dapat beramah mesra bersama penyampai SURIA dan artis jemputan.

“Tujuan awal penganjuran program Team Pagi Suria Belanja Makan ini adalah untuk memperkenalkan barisan penyampai slot pagi di Suria iaitu Issey, Shahrol dan Fizi Ali yang kita gelarkan Team Pagi Suria. Melihat kepada penerimaan baik peminat-peminat Suria terhadap program ini, Suria kembali membuat perancangan untuk meneruskan program ini ke kawasan yang tidak pernah lagi Suria pergi sebelum ini.” kata Pengurus Kanan SURIA, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Tambah DJ Lin lagi, SURIA turut mempunyai booth di mana pelbagai aktiviti akan dijalankan yang memberi peluang kepada pengunjung membawa pulang atau membeli barangan eksklusif SURIA.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!