89417

Team Pagi SURIA Nak Belanja Sarapan Pagi Kepada 100 Orang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wah best kan kalau ada orang yang nak belanja kita makan? Makan percuma siapa yang tak nak kan?

SURIA ada berita baik untuk anda semua, Team Pagi SURIA yang terdiri daripada Shahrol Shiro, Fizi Ali dan Issey nak belanja 100 orang sarapan pagi secara percuma.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu datang ke Pasar Tani Kelana Jaya pada 1 September ini jam 8 pagi, dan tunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun ke telefon pintar anda untuk memenangi sarapan pagi secara percuma.

Mudah bukan? Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang bertemu dengan penyampai-penyampai SURIA yang lain dan beramah mesra bersama mereka.

Jom ramai-ramai kita serbu Pasar Tani Kelana Jaya hari Sabtu ini dan makan sarapan percuma. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!