89818

Team Pagi Suria Tak Sabar Nak Ke Penang Sabtu Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seperti yang telah dijanjikan, Jelajah Suria akan terus bertemu peminat di seluruh semenanjung Malaysia! Dan Sabtu ini pada 22 September 2018 bermula jam 2 petang, kesemua penyampai Suria dan ramai artis-artis popular akan berada di Mydin Bukit Mertajam untuk bertemu pengikut setia kami di sana.

Lebih istimewa lagi, tiga jejaka pujaan ramai dari Team Pagi Suria yang terdiri daripada Fizi Ali, Issey dan Shahrol Shiro juga sudah tidak sabar lagi untuk bertemu para peminat mereka di Pulau Pinang.

Menurut mereka bertiga, selepas pelbagai pengalaman menghiburkan bersama para peminat dan artis di Jelajah Suria Ipoh dan Klang mereka sudah tidak sabar untuk melihat gelagat peminat di utara pula.

Selain teruja dengan keseronokan sepanjang Jelajah Suria, Team Pagi Suria juga ingin belanja peminat mereka lewat kempen Team Pagi Suria Belanja Makan di Kuantan pada 6 Oktober 2018 nanti!

100 pendengar Suria pertama yang muat turun dan tunjukkan aplikasi Suria Malaysia di telefon mereka akan dapat makan percuma bersama Team Pagi Suria!

Jadi orang Pahang, jangan lepaskan peluang ini! Team Pagi Suria akan menjelajah ke negeri anda untuk belanja makan tau!

Kalau nak tahu dekat mana dan apa Team Pagi Suria nak belanja, kenalah rajin dengarkan Suria.

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!