72669

Teater Kontena 404 Tetap Diteruskan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun Dato Boy Iman terpalit dengan kontroversi penipuan serta penahanan oleh pihak polis, namun perkara itu sedikit pun tidak mengganggu gugat produksi teater Kontena 404 terbitan DBI Entertaiment Sdn Bhd dari menangguh atau menghentikan pementasan.

Teater Kontena 404 adalah terbitan pertama dari DBI Entertaiment Sdn Bhd dan akan dipentaskan di Lambang Sari Istana Budaya.

screen-shot-2017-10-06-at-12-18-04-pm

Ditanya adakah pihak produksi tidak risau mengambil risiko mementaskan teater ini di saat Dato Boy Iman masih ditahan, wakil dari DBI Entertaiment Sdn Bhd, Lyana Zulkepli berkata pementasan teater ini tiada kena mengena dengan Dato Boy Iman kerana dia hanyalah pemegang saham yang sedikit di dalam syarikat.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Operasi Istana Budaya, Datin Noorazah Omar berkata, pihaknya tiada masalah untuk meneruskan pementasan teater ini kerana segalanya telah diperjelaskan di dalam dokumen.

screen-shot-2017-10-06-at-12-24-58-pm

Katanya lagi, selagi pihak yang dituduh belum disabitkan dengan sebarang dakwaan atau hukuman, pihak Istana Budaya akan meneruskan pementasan seperti yang telah dijanjikan.

Penaja rasmi untuk teater Kontena 404 ini juga akan dirahsiakan dan hanya akan didedahkan pada hari terakhir pementasan.

screen-shot-2017-10-06-at-12-26-22-pmTeater bergenre seram komedi ini dibarisi oleh Tauke Jambu, Miera Liyana, Adam AF, Izreen Azminda, Adam Shahz, Rani Kulup dan ramai lagi.

Raja Azrey diberi tanggungjawab sebagai pengarah teater ini yang akan dipentaskan pada 20-22 Oktober 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!