85266

Teka Lagu dan Menang Sehingga RM30 ribu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

lagu-berduit

Mulai 25 Mac ini sehingga 5 Mei 2018, stesen radio Suria memberi anda peluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM30,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi!

Bagaimana caranya? Dengarkan klip audio ‘Lagu Berduit Suria’ di dalam lagu-lagu yang dimainkan ketika segmen Suria Pagi, Gaya Suria, Waroong Suria dan Suria Petang dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyinya. Kemudian, jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 selepas isyarat memanggil ke udara dan berikan nama tajuk lagu serta nama penyanyi dengan tepat.

Jika jawapan yang diberikan adalah betul, RM250 akan menjadi milik anda! Sekiranya jawapan anda salah, wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

jangan-panik-1

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi RM100 setiap hari menerusi peraduan Jangan Panik dengan hanya menjawab empat soalan mudah dalam masa 10 saat. Mulai 19 Mac sehingga 5 Mei 2018, dengarkan segmen Suria Pagi dan jadi pemanggil terpantas selepas mendengar isyarat memanggil keudara untuk menjawab soalan.

Senang bukan? Jadi, jangan panik! Dengarkan Suria setiap hari untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000!

Layari laman sesawang Suria FM di www.suria.my untuk maklumat lanjut mengenai Lagu Berduit Suria dan Jangan Panik serta peraduan-peraduan lain.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!