72048

Teman Lelaki Kepada Tunang Hans Isaac Tertanya-Tanya Tentang Kewujudannya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang bekas ratu cantik iaitu Aileen Gabriella Robinson pada Julai hadapan.

image

Walau bagaimanapun, sejurus selepas sahaja berita gembira itu dihebahkan, muncul seorang jejaka yang bernama Robin Coenraard yang mendakwa beliau merupakan teman lelaki kepada tunang Hans Isaac menerusi status di akaun Facebook miliknya.

img_2017-03-01-120918-369x600

Apa yang lebih memeranjatkan apabila lelaki itu dikatakan masih bersama dengan Gabriella walaupun beliau sudah dilamar.

Menurut apa yang dikongsikan itu, robin meluahkan rasa kecewa apabila beliau mendapat tahu tentang berita itu menerusi pengumuman ras yang dibuat oleh mereka di televisyen semalam.

Apa yang difahamkan, Robin dan Gabriella baru sahaja meluangkan masa bersama-sama beberapa hari yang lalu dan situasi ketika itu umpama tiada apa yang berlaku atau Gabriella hendak jelaskan.

Dalam masa yang sama juga, Robin tertanya-tanya adakah Hans Isaac tahu tentang kewujudannya ketika beliau menjalinkan hubungan cinta bersama Gabriella setahun yang lalu?

Walau apapun, kami di SURIAfm berharap agar Hans Isaac atau Gabriella tampil untuk menjelaskan tentang hal ini supaya ia tidak akan menganggu hubungan mereka kelak.

Sumber : Rotikaya

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!