90022

Temui Artis Popular dan Penyampai Suria di Angsana Johor Bahru Mall ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau minggu lalu orang utara berpeluang berjumpa dengan para penyampai Suria serta ramai barisan artis popular di Mydin Bukit Mertajam, Sabtu ini pada tarikh 29 September, tibalah giliran orang selatan pula untuk bersama-sama memeriahkan siri Jelajah Suria yang seterusnya.

Bertempat di Angsana Johor Bahru Mall dari jam 2 hingga 6 petang, para penyampai Suria akan turun padang untuk bertemu dengan pengikut setia kami di Johor dan kawasan sekitarnya.

Kali ni SURIA sekali lagi membawakan artis-artis yang sangat popular seperti beberapa bintang BBNU termasuk Sara Suhairi, Wanie Kayrie, Syafiq Farhain, Afieq Syazwan, Floor 88, Amir Masdi, Tyka, dan Ary Klangit.

Tidak ketinggalan pastinya penyampai-penyampai SURIA kesayangan anda seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Issey dan Shahrol Shiro.

Buat anda yang memiliki bakat terpendam sebagai penyanyi, jangan lupa untuk hadir lebih awal iaitu pada jam 12 tengah hari untuk mneyertai pertandingan Kutu Karoks yang menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk dimenangi.

Jadi jom ramai-ramai orang Johor dan warga selatan yang berhampiran! Kita teruskan berhibur hujung minggu ini bersama-sama artis popular dan penyampai-penyampai SURIA. Jangan lupa bawa telefon pintar anda untuk kita berselfie okay! Jumpa anda di sana!

 

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!