89784

Temui Artis Popular dan Penyampai Suria di Bukit Mertajam Sabtu Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika minggu lalu warga Lembah Klang berkesempatan bertemu dengan para penyampai Suria serta ramai barisan artis popular di AEON Bukit Raja Klang, Sabtu ini pada tarikh 22 September, tibalah giliran orang utara pula untuk bersama-sama memeriahkan siri Jelajah Suria yang seterusnya.

Bertempat di MYDIN Bukit Mertajam dari jam 2 hingga 6 petang, para penyampai Suria akan turun padang untuk bertemu dengan pengikut setia kami di Pulau Pinang.

Kali ni SURIA  sekali lagi membawakan artis-artis yang sangat popular seperti  Siti Nordiana, Wany Hasrita, One Avenue Band, Nabila Razali, Tajul, Wani, Amir Masdi, Amir Ukays, dan Tika,

Tidak ketinggalan pastinya penyampai-penyampai SURIA kesayangan anda seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Issey dan Shahrol Shiro.

Buat anda yang memiliki bakat terpendam sebagai penyanyi, jangan lupa untuk hadir lebih awal iaitu pada jam 12 tengah hari untuk mneyertai pertandingan Kutu Karoks yang menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk dimenangi.

Jadi mai ramai-ramai orang Penang dan warga utara yang berdekatan! Kita teruskan berhibur hujung minggu ini bersama-sama artis popular dan penyampai-penyampai SURIA. Jangan lupa bawa telefon pintar anda untuk kita berselfie okay! Jumpa anda di sana!

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!