72611

Temui Artis Warner Music Berdekatan 'Mall' Anda! - Suria FM - Segalanya Hiburan

warner-music-mall-tour-2017

Warner Music Malaysia bakal menampilkan lapan orang artis iaitu Aziz Harun, Nastia, Payslip, Cassidy, Bella Nazari, Dewi Seriestha, Tysha Tiar dan Andi Bernadee pada September dan Oktober ini lewat ‘Warner Music Mall Tour’ 2017.

Artis-artis berkenaan bakal menggegarkan MYDIN USJ, Subang Jaya pada hari Ahad 17 September 2017, sebagai lokasi pertama mall tour tersebut. Bagi warga lembah Klang, marilah beramai-ramai turun ke MYDIN USJ Subang Jaya bagi memeriahkan lagi majlis ini. Bukan sahaja persembahan yang akan diadakan malah mereka juga berpeluang untuk sesi ramah mesra bersama para artis kegemaran atau pilihan masing-masing di setiap lokasi.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dan menyaksikan persembahan mereka mulai jam 3
petang Ahad ini bersamaan 17 September 2017!

Lokasi Mall Tour Warner Music akan bermula pada:
17 September 2017 – MYDIN USJ, SUBANG JAYA
23 September 2017 – GM KLANG, KLANG
24 September 2017 – SB MALL, (SUNGAI BULOH MALL)
7 October 2017 – IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!