90325

Temui M. Nasir, Wany Hasrita, Awie, Hattan dan ramai lagi di Port Dickson! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Port Dickson merupakan salah sebuah kawasan bersejarah di Malaysia. Bermula dengan menjadi pusat pelabuhan dan kem latihan tentera yang tertua di Malaysia kini menjadi lokasi pelancongan yang terkemuka. Lokasinya yang begitu strategik serta mempunya gugusan pantai yang cantik dan bersih menjadikan ia sebagai antara destinasi utama pelancongan di Malaysia.

Justeru sebuah konsert bakal diadakan di situ dengan nama PICNIC@PD. Konsert anjuran Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat (MADANI) ini buat julung kalinya diadakan di Port Dickson di harap dapat menarik orang ramai datang dan menyaksikan keindahan dan tarikan yang ada di Port Dickson.

Selain itu, di konsert itu juga akan dilancarkan Tabung Wira Cilik Malaysia bagi membantu khususnya anak-anak Angkatan Tentera Malaysia.

Pelbagai acara menarik yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 5-6 Oktober 2018. Program ini juga sesuai untuk seisi keluarga.

Pada hari pertama, program akan bermula pada malam hari dengan Malam Hijrah bersama Selebriti yang menampilkan selebriti hijrah terkenal tanah air seperti Shamsul Ghau-Ghau, Zul Handyblack, Iwan Dangdut dan dR Sam. Isma Halil akan menjadi pengacara majlis pada malam 5 Oktober ini.

Pada pagi 6 Oktober, program pertama ialah Zumba bermula jam 8.30 pagi dan disusuli dengan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada semua yang hadir.

Slot petang akan diisi dengan Konsert Indie di mana Gerhana Ska Cinta akan menjadi satu-satunya bintang pada petang itu.

Program kemuncak sudah tentunya pada malam 6 Oktober iaitu Konsert Picnic @PD yang menampilkan penyanyi terkemuka tanah air seperti Dato’ M.Masir, Dato’ Awie, Dato’ Hattan, Ito, Blank Gamma, Khalifah Band dan Wany Hasrita.

Pengacara Konsert Picnic @PD ini tak lain tak bukan ialah pelawak terkemuka Saiful Apek dan personaliti tv Shakila Ismail.

Turut tersedia pelbagai aktiviti menarik serta jualan makanan yang menjadi tarikan di Port Dickson.

Lebih menarik lagi tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai. Justeru, orang ramai khususnya dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan konsert ini!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!