89065

Temui Penyampai SURIA & Artis Popular Di MYDIN USJ 18 Ogos Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tanggal 18 Ogos 2018 nanti, SURIA FM akan mengadakan siaran luar secara langsung di perkarangan pasaraya MYDIN USJ Subang Jaya bermula jam 3 petang.

Inilah masanya untuk anda melihat sendiri bagaimana penyampai-penyampai SURIA bertugas secara langsung di hadapan mata.

Selain itu, anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi popular tempatan seperti Ratu Rock Ella, Datin Alyah, Siti Nordiana, Lan Solo dan Kaka Azraff.

Dan buat pertama kalinya anda bakal berpeluang untuk bertemu dengan penyampai baru SURIA iaitu Issey yang merupakan penyampai untuk Team Pagi Suria bersama Shahrol Shiro dan Fizi Ali.

Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana anda pasti terhibur dengan telatah penyampai-penyampai SURIA dan terhibur dengan persembahan artis-artis popular. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!