93332

Tenaga Monsta X Sukar Dilupakan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kunjungan kedua kumpulan daripada Korea Selatan, Monsta X ke Malaysia, sabtu lepas sempena konsert 2019 MONSTA X WORLD TOUR <WE ARE HERE> di KUALA LUMPUR pastinya memberikan seribu satu memori manis kepada peminat Monsta X di Malaysia.

Monsta X terkenal dengan koreografi tarian yang mengagumkan, tidak hairanlah pada malam tersebut kelincahan tenaga mereka di atas pentas mendapat sorakan gemuruh daripada lebih 5,000 orang  penonton yang hadir.

Walaupun konsert kali ini dikira tidak sempurna tanpa kehadiran ahli kumpulan Wonho, Monsta X yang dianggotai enam orang ahli lain iaitu Shownu, I.M, Minhyuk, Hyungwon, Jooheon dan Kihyun tetap positif dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat mereka, Monbebe di Malaysia.

Melalui penguasaan bahasa Inggeris yang baik, setiap seorang ahli kumpulan Monsta X dilihat selesa berkomunikasi dan bergurau bersama peminat yang hadir. Lebih istimewa, penonton turut disajikan dengan tayangan video menarik yang menonjolkan karakter masing-masing.

Bukan itu sahaja, selain daripada membuat persembahan secara berkumpulan, Monsta X turut membuat persembahan melalui kumpulan Sub-Unit mereka iaitu Myself (Hyungwon x Kihyun x Minhyuk), 3hythm (Jooheon x I.M) dan Mirror (Shownu x Wonho).

Beberapa jam sebelum bermulanya konsert, Monbebe dikejutkan dengan berita ketidakhadiran Wonho di kerana kehilangan passportnya ketika mahu memasuki Malaysia. Macpiepro menerusi laman Instagramnya berkongsi kenyataan maaf daripada agensi Monsta X, Starship Entertainment berkenaan situasi Wonho.

Namun begitu, Wonho tetap kembali ke Malaysia sejurus selepas mendapat passport sementara dan hanya berkesempatan bersiaran langsung menerusi laman V Live Monsta X bersama ahli kumpulan yang lain. Menerusi video siaran langsung tersebut, Wonho memohon maaf atas kecuaiannya yang menyebabkan dia tidak dapat membuat persembahan dan bertemu Monbebe di Malaysia.

Konsert yang bermula pada jam 6 petang tersebut dibuka dengan lagu popular Monsta X iaitu Shoot Out, Hero dan Tresspass.

Pada malam itu, Monsta X mempersembahkan lebih 20 lagu antaranya Party Time, Play It Cool, Mohae, Jealousy, Honestly, I Do Love U, Sweetheart dan No Reason.

Malah, lagu seperti Dramarama, Oh My!, Special, Fallin’, Alligator, H.One, Rodeo, By My Side dan Curtain Call turut dipersembahkan.

Konsert 2019 MONSTA X WORLD TOUR <WE ARE HERE> di KUALA LUMPUR ini dibawakan oleh Macpiepro.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!