72161

Terima Kasih Kuala Terengganu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-3

Baru-baru ini Jelajah Suria 10 Tahun meneruskan pengembaraan ke Pantai Timur Malaysia dan bertemu dengan para peminat Suria di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu. Ramai juga peminat yang datang memberikan sokongan untuk beramah-mesra dengan penyampai Suria kesayangan mereka di samping mendekati penyanyi-penyanyi tersohor tanah air.

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-1

Seperti biasa, lokasi jelajah kali ini mendapat sambutan yang hangat, lebih-lebih lagi saat artis-artis terkenal mendendangkan lagu hit masing-masing.

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-2

Selain bermain pelbagai mainan lucu dengan peminat yang datang, pihak Suria dan para penyampai turut sama memberikan aneka hadiah menarik, di samping cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan berupa wang ringgit!

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-4

Namun yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan warga Kuala Terengganu yang mengerumuni lokasi jelajah pada hari tu adalah sesi ramah-mesra dengan penyampai serta artis undangan di hujung acara.

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-5

Semua yang hadir sempat mengambil gambar dan mendapatkan tandatangan penyampai serta penyanyi kesayangan masing-masing yang sanggup menunggu sehingga penghujung acara untuk bertemu peminat.

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-37-25-pm-6

Artis-artis popular yang sama-sama menjayakan acara tersebut adalah Sarah Fazny, Ronny Husein, Tajul, Wany Hasrita, Azian Mazwan, Black Hanifah serta Ratu Rock Negara, Ella.

Walau apa pun, kami di Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Kuala Terengganu yang datang pada petang tersebut di atas sokongan anda yang tidak putus-putus kepada kami semua. Buat anda di utara Malaysia pula, jangan lupa sertai jelajah kami di Bukit Mertajam, Pulau Pinang minggu hadapan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!