85543

Terima Kasih Orang Johor! - Suria FM - Segalanya Hiburan

ffwm3657

Tidak mengenal erti penat dan lelah, Suria meneruskan usaha untuk mendekati dan menghibur peminat di setiap pelusuk negara. Terbaru, Jelajah Suria sempat singgah ke Mydin Mutiara Rini di Johor dan bertemu dengan para pendengar di sana.

Acara pada Sabtu itu benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah pihak Suria begitu kagum melihat sokongan yang telah diberikan oleh penduduk sekitar Johor yang sanggup singgah untuk bertemu dengan para penyampai Suria secara dekat selain menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka secara langsung.

ctta1477

Suasana bermula meriah kala para peserta pertandingan karaoke Kutu Karoks menunjukkan bakat masing-masing dan ternyata orang Johor memang ramai yang berbakat!

eomg3464

Di samping pertandingan karaoke pihak Suria dan para penyampai turut sama memberikan aneka hadiah menarik, berupa barangan eksklusif Suria seperti kemeja-T dan banyak lagi.

mbpe5011

Selain daripada kemunculan para penyampai, penonton juga telah dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Cassidy, Ezad Lazim, Daniesh Suffian, Salma, Is Projector Band, Aizat Amdan, Aman Aziz, Farah Hazel, Shima dan juga ikon R&B pujaan ramai Dayang Nurfaizah.

jdot9675

yhvp0580-3

wdvo1253

Jelas kelihatan, peminat semua terhibur dengan persembahan artis-artis jemputan apabila mereka turut sama menyanyikan lagu-lagu yang disampaikan oleh artis kesayangan mereka.

fxzh3108

Walau apa pun, kami di Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Johor yang datang pada petang tersebut di atas sokongan anda yang tidak putus-putus kepada kami semua.

Teruskan mengikuti media sosial kami untuk perkembangan lanjut Suria!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!