72523

Terima Kasih Orang Melaka ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-23-58-am

Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke MITC Melaka Sabtu lalu untuk menyaksikan konsert jelajah Suria 10 Tahun.

Khas buat warga Melaka yang datang beramai-ramai, kami sangat menghargai sokongan anda yang tidak putus-putus. Jumlah kehadiran di luar jangkaan telah benar-benar memeriahkan persembahan para artis serta penyampai Suria pada malam tersebut.

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-25-09-am

Seawal jam 5.30 petang lagi kawasan dataran MITC telah dipenuhi dengan para peminat serta pengikut setia Suria yang ingin mendekati serta menyaksikan artis-artis dan juga penyampai kesayangan Suria mereka secara lebih dekat.

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-28-46-am-3whatsapp-image-2017-08-14-at-1-28-46-am-4

Persembahan pra-konsert di waktu petang bermula dengan kemunculan Joey serta penyampai hujung minggu Suria iaitu Naim Hashim,Naim Tahar dan juga Haffiz Aziz, yang telah memperkenalkan beberapa barisan artis seperti pelakon drama dan penyanyi Bella Nazari, bekas ratu Malaysia Dewi Seriesta, finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Azmarul Azuan dan juga penyanyi sensasi Youtube dari Australia, Cassidy LaCreme serta ramai lagi.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-20-27-am

Namun kehangatan mula terasa di waktu malam kala para penyampai utama Suria membuka acara. Kehadiran DJLin, Abang Brian, Fizi Ali, Shahrul Shiro, Zulin Aziz, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya Borhan dan juga Halim Othman menerima sambutan gemuruh daripada para penonton yang memenuhi ruang dataran MITC.

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-38-07-am

Acara bermula dengan persembahan hebat legenda rock negara Amy Search yang sentiasa memberikan persembahan penuh bertenaga. Ini diikuti dengan nama-nama yang sedang popular dalam industri muzik Malaysia seperti Haqiem Rusli yang menyampaikan lagunya Tergantung Sepi dengan susunan muzik yang lebih moden dan segar sambil mendekati peminatnya untuk bergambar dan bersalaman.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-23-22-am

Konsert itu diserikan juga dengan kemunculan Wany Hasrita, Tajul serta Syed Shamim yang akhirnya bersama-sama menyampaikan sebuah lagu dengan Haqiem Rusli.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-18-27-am

Penampilan artis-artis senior seperti Amy Mastura dan Zarul Hussin di samping Izzue Islam yang merupakan artis jemputan untuk program Kecoh Suria di laman suria.my turut mendapat sorakan hebat penonton.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-19-36-am

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-19-09-am

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-32-48-am-1

Malam diteruskan dengan persembahan vokal mantap daripada Indah Ruhaila, Hael Husaini, Kumpulan Forteen dan juga Floor 88 dengan lagu hit masing-masing seperti Percayalah, Jampi, Zalikha serta beberapa medley lagu-lagu kumpulan vokal popular era 90-an..

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-21-15-am

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-38-39-am

Malah, diselitkan juga beberapa persembahan ‘mash-up’ istimewa lagu-lagu Indonesia seperti Penasaran dan Melompat Lebih Tinggi oleh Shahrul Shiro dan Zulin Aziz.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-17-33-am

Kekecohan di atas pentas juga diserikan dengan beberapa permainan ala Kecoh Suria yang turut disertai beberapa selebriti sosial media iaitu Yatt, King Affiq, Mat Redho dan juga Shakilla Khoriri.

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-28-46-amwhatsapp-image-2017-08-14-at-1-28-46-am-2

whatsapp-image-2017-08-14-at-1-28-46-am-1

Dan kemuncak konsert diakhiri dengan persembahan gah Papa Rock Malaysia, Dato Ramli Sarip yang gigih memberikan dendangan lagu-lagu popularnya walaupun kurang sihat pada malam itu.

whatsapp-image-2017-08-14-at-12-35-05-am

Para penonton juga bernasib baik kerana sebaik sahaja selesai persembahan Dato Ramli Sarip hujan lebat melanda kawasan stadium.

Apa pun kami di Suria sangat menghargai kehadiran semua yang hadir dan telah menyokong kami selama ini. Tahniah kepada semua yang telah mendapat serta memenangi hadiah-hadiah istimewa berupa barangan khas Suria dan juga wang tunai. Semoga kita berjumpa lagi di acara setersunya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!