bkiw2139

Demi mendekati peminat setia Suria FM, kami telah memulakan Jelajah Suria untuk tahun 2018 di Taiping Sentral Mall pada hari Sabtu, 10 Mac yang lalu.

whatsapp-image-2018-03-12-at-1-02-30-pm-1

Acara pada Sabtu itu benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah pihak Suria begitu kagum melihat sokongan yang telah diberikan oleh penduduk sekitar Taiping yang sanggup singgah untuk bertemu dengan para penyampai Suria secara dekat selain menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka secara langsung.

Suasana bermula meriah kala pertandingan karaoke ‘Kutu Karoks’ dimulakan dengan penyertaan ramai peserta berbakat. Malah penyampai Suria FM Sharifah Shahira bersama Bob Ringgo bertindak selaku juri pada petang itu.

tkjy9852

Di samping bermain pelbagai mainan lucu dengan peminat yang datang, pihak Suria dan para penyampai turut sama memberikan aneka hadiah menarik, serta wang tunai!

whatsapp-image-2018-03-12-at-1-02-30-pm-2

Selain daripada kemunculan para penyampai, penonton juga telah dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Qalam Band, Bagio Damasutra, Shaa, Tajul, Iz Projector Band dan juga Liza Hanim.

Jelas kelihatan, peminat semua terhibur dengan persembahan artis-artis jemputan apabila mereka turut sama menyanyikan lagu-lagu yang disampaikan oleh artis kesayangan mereka.

ksja3242

Walau apa pun, kami di Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Taiping yang datang pada petang tersebut di atas sokongan anda yang tidak putus-putus kepada kami semua.

whatsapp-image-2018-03-12-at-1-02-30-pm-3

Buat anda di Lembah Kelang pula, jangan lupa sertai siri jelajah kami hujung minggu depan di IOI Mall Putrajaya.

Teruskan mengikuti media sosial kami untuk perkembangan lanjut dan percayalah, kami bakal memberikan suatu persembahan yang hebat daripada artis-artis popular tanah air.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!