97665

Terkesan Wabak Covid-19, Taylor Swift Derma Wang Tunai RM12,900 kepada Peminat Secara Rahsia - Suria FM - Segalanya Hiburan

PERASAAN simpati terhadap kesempitan hidup yang dilalui peminat kerana wabak Covid-19 mendorong penyanyi Taylor Swift menghulurkan sumbangan secara rahsia.

Menurut laporan People, seorang peminat Taylor berkongsi kesedihan apabila hilang sumber pendapatan kerana tempat kerja mereka ditutup kerana wabak tersebut.

“Saya tiada pekerjaan, tak ada pendapatan dan tak boleh bayar hutang,” tulis seorang peminat dikenali Samantha menerusi aplikasi Tumblr.

Luahan hati wanita itu menarik perhatian Taylor Swift dan dalam diam memberikan sumbangan wang tunai sebanyak AS$3,000 (RM12,950).

“Saya sangat terkejut, tak tahu nak cakap apa.

“Saya tak percaya orang yang saya kagumi dan menjadi idola merupakan seorang yang sangat bermurah hati,” kata Samantha yang bekerja di sebuah bar di Disney Springs, Orlando, Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya bukan Samantha sahaja yang menerima sumbangan itu, ada juga peminat lain mengakui menerima wang tunai daripada Swift.

Wanita berkenaan memberitahu dia menerima sumbangan kerana hilang pekerjaan apabila terpaksa dikuarantin di rumah kerana Covid-19.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...