71998

"Terus Terang, Saya Trauma" – Jaclyn Victor - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini dua orang penyanyi yang memiliki suara lantang iaitu Ziana Zain dan Azlan The Typewriter pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penganjur Konsert High Note kerana mereka masih belum menerima baki bayaran walaupun konsert itu sudah lama diadakan.

jaclyn-victor

Kali ini, Jaclyn Victor pula tampil bagi menegaskan bahawa beliau juga turut menyokong tindakan Ziana Zain yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur tersebut.

“Terus-terang, sebaik saja konsert tiga hari itu tamat, saya trauma. Seperti Kak Ziana, saya turut dibayar separuh saja manakala bakinya masih gagal dijelaskan sehingga ke hari ini.

“Difahamkan, Kak Ziana akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur berkenaan. Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika diperlukan.”

Menurut Jaclyn Victor, apa yang telah berlaku terhadap dirinya membuatkan beliau lebih berhati-hati pada masa yang akan datang. 

“Saya harap apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran buat artis supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dalam perkara membabitkan bayaran.

“Bukanlah saya hendak kata semua penganjur tidak boleh dipercayai, tetapi biarlah urusan itu dibuat lebih teliti dan direkodkan.”

Semoga baki bayaran itu dapat diselesaikan dengan cepat ye. Yela, tidak elok jika individu tersebut sudah melakukan yang terbaik tetapi bayaran tidak diselesaikan seperti yang dijanjikan. 

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!