72541

The Battleship Island Meruntun Jiwa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem yang berjaya mencetus fenomena di Korea Selatan, The Battleship Island kini menemui peminat-peminat di Malaysia apabila mula ditayangkan di seluruh negara pada 17 Ogos 2017.

head

Filem yang dibintangi pelakon-pelakon popular Korea seperi Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min ini diarahkan oleh pengarah tersohor Ryoo Seung Wan.

hashima-battleship-island-from-above-2

The Battleship Island yang berlatarbelakangkan tahun 1940 an ini mengisahkan perjalanan bagaimana ratusan rakyat Korea Selatan yang dikerah bekerja menggali arang batu di Battleship Island yang terletak di Jepun cuba untuk melarikan diri dari pulau berkenaan.

the-battleship-island_press-still_high-res_12

the-battleship-island_press-still_high-res_01

still_01Cerita ini menekankan kepada beberapa karektor antaranya Lee Kang Ok (Hwang Jung Min) yang ingin membawa anak perempuannya (Kim Su An) ke Jepun demi kehidupan yang lebih bermakna tetapi akhirnya terperangkap dan dibawa ke Batlleship Island untuk dijadikan buruh.

the-battleship-island_press-still_high-res_18

the-battleship-island_press-still_high-res_02the-battleship-island_press-still_high-res_17

Disana dia bertemu dengan Choi Chil Sung (So Ji Sub) seorang samseng yang turut dihantar kesana sebagai buruh. Walaupun seorang samseng, tetapi dia mempunyai hati yang baik dan menjadi pelindung kepada Oh Mal Nyeon (Lee Jung Hyun) yang telah dijadikan pelacur di sana.

the-battleship-island_press-still_high-res_05the-battleship-island_press-still_high-res_06

still_02Lebih memilukan apabila selama ini mereka semua ditipu oleh ketua yang sangat mereka percayai dan sanjungi. Seorang tentera Park Moo Young (Song Joong Ki) dihantar untuk membawa lari seorang lelaki yang dipercayai telah terperangkap disana.

the-battleship-island_press-still_high-res_08

the-battleship-island_press-still_high-res_07

Namun sebaik tiba dia mendapat tahu sesuatu yang akan mengubah persepsinya dan membawanya kepada perjuangan membebaskan 400 rakyat Korea yang ditindas di sana.

the-battleship-island_press-still_high-res_03

the-battleship-island_press-still_high-res_16

the-battleship-island_press-still_high-res_12

Lakonan mantap yang diberikan kesemua pelakon filem ini benar-benar berbekas dihati penonton. Penonton mungkin akan sedikit terganggu dengan wajah comel Song Joong ki yang membawa watak pejuang keamanan namun lakonannya tidak menghampakan.

still_03the-battleship-island_press-still_high-res_09

Banyak babak-babak mendebarkan dan menyayat hati yang pasti mengundang air mata penonton. Antaranya kegigihan mereka berjuang demi menyelamatkan diri serta semangat cintakan negara yang benar-benar berbekas di hati.

the-battleship-island_press-still_high-res_15the-battleship-island_press-still_high-res_13

Jangan lupa untuk menonton filem hebat ini di pawagam berdekatan anda. Sempena dengan bulan kemerdekaan ini, elok benar andai anda menonton filem ini kerana ia benar-benar mengimbas semula erti sebenar perjuangan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!