84813

The Commuter Penuh Aksi Mendebarkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-09-at-2-02-11-pm-1

Nampaknya banyak filem baru bakal menemui para penonton Malaysia minggu ini. Pawagam-pawagam seluruh negara akan dipenuhi dengan ajnas filem tempatan hinggalah filem antarabangsa.

Terbaru, sebuah filem aksi-trhiler lakonan hebat Liam Neeson yang berjudul The Commuter merupakan salah satu karya hebat yang akan mencuri perhatian penonton wayang.

whatsapp-image-2018-01-09-at-2-02-11-pm

Dalam filem ini Liam Neeson memainkan watak seorang jurujual insurans bernama Michael yang sedang dalam perjalanan pulang menaiki tren komuter.

Secara tiba-tiba dia dihampiri seorang wanita yang tidak dikenali dan disuruh membongkar identiti seorang penumpang tersembunyi di dalam tren itu sebelum tren tersebut berhenti.

Dia kemudian bergerak sepantas mungkin untuk cuba menyelesaikan teka-teki tersebut setelah mendapat tahu yang dia kini secara tidak langsung sudah terlibat dalam sebuah konspirasi jenayah yang mungkin akan mengancam keselamatan serta kehidupannya dan para penumpang lain dalam tren tersebut.

tc_00290

Jika anda peminat filem aksi seperti ini pastikan anda menonton The Commuter yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Januari 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!