89520

The Nun: Siap Sedia Dihantui Valak Sekali Lagi! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bertuah betul peminat filem seram di Malaysia bulan ini. Bukan sahaja ada Munafik 2, kini filem The Nun bakal ditayangkan pada 6 September 2018 di sini.

The Nun adalah filem kelima dalam francais The Conjuring yang turut memuatkan filem The Conjuring 1 & 2 serta Annabelle dan Annabelle: Creation.

The Nun menceritakan kisah seorang paderi dan seorang biarawati pelatih yang dihantar ke Romania untuk menyiasat sebuah kes kematian di sebuah biara yang mempunyai sejarah hitam. Sudah tentu juga filem ini menampilkan watak Valak, jelmaan biarawati syaitan yang menghantui para penonton sejak filem The Conjuring 2 dan sering tampil dalam bentuk meme di media sosial.

Para penonton yang belum menonton filem-filem dalam francais filem The Conjuring sebelum ini tidak perlu risau kerana filem The Nun boleh ditonton dengan sendirinya. Pengikut setia francais filem ini pula pasti akan menghargai penghujung filem ini.

Pada pendapat kami, filem The Nun adalah filem yang paling seram dalam francais filem The Conjuring ini. Suasana suram biara dan hutan sekitarnya ditambah pula dengan solekan dan kesan efek khas menambahkan keseraman filem ini. Sebaiknya filem The Nun ditonton sendirian untuk merasai ketakutan yang dipaparkan dalam filem.

Seperti yang dikatakan di atas tadi, filem ini akan mula ditayangkan pada 6 September 2018 di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Cepat-cepatlah tonton!

sumbangan : Ili Farhana

 

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!