90966

The Nutcracker and The Four Realms - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bersesuaian dengan hujung tahun dan musim cuti sekolah yang bakal tiba, pelbagai filem buat golongan anak-anak mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Terbaru dari Disney, The Nutcracker and The Four Realms merupakan karya terbaru syarikat produksi gergasi tersebut. Diinspirasikan dari kisah The Nutcracker and The Mouse King yang turut dijadikan sebuah tarian ballet tersohor dunia, filem fantasi ini menampilkan nama-nama besar seperti Morgan Freeman, Kiera Knightley, Helen Mirren dan ramai lagi.

Ia mengisahkan Clara yang tersesat ke sebuah alam fantasi di mana semua patung permainan kesayangan ibunya hidup dan menjadi sebahagian daripada sebuah kerajaan ajaib. Lebih menarik lagi, Clara mendapat tahu yang mendiang ibunya pernah menjadi ratu seluruh kerajaan tersebut dan kini Clara diangkat sebagai puteri dan diminta untuk menyelamatkan alam itu.

Filem yang penuh warna-warni ini dijangka bakal diminati oleh golongan kanak-kanak khasnya mereka yang sukakan tema fantasi dan keajaiban.

The Nutcracker and The Four Realms sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis 1 November 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!