72495

The Osiris Child Buat Peminat Raksasa dan Makhluk Asing - Suria FM - Segalanya Hiburan

osirischild_poster27x40

Barangkali ia satu kebetulan, tapi secara tiba-tiba beberapa filem sains fiksyen mula ditayangkan pada musim yang sama.

Terbaru, filem The Osiris Child memasuki pawagam Malaysia dan menyajikan tema yang agak mirip dengan kebanyakan filem berlatarbelakangkan angkasa lepas dan makhluk asing.

sfv1-7t5a1123-danielmacphersonteagancroft-photobyseanoreilly

Biarpun jalan ceritanya agak mudah namun ada beberapa unsur dalam filem ini yang mungkin akan disukai oleh sesetengah penonton.

Ia berkisar dunia masa hadapan di mana manusia cuba membina koloni dan tamadun di sebuah planet baru, namun rancangan tergendala gara-gara kemunculan sejenis spesis raksasa yang mula membunuh dan menyerang masyarakat manusia.

sfv1-d3s_5158-20150811-photo-by-sean-oreilly

Terperangkap dalam semua ini adalah seorang juruterbang tentera yang cuba menyelamatkan anak perempuannya dan juga seorang bekas banduan.

Buat peminat filem angkasa lepas dan makhluk asing yang ingin mengetahui kesudahannya pastikan anada menonton filem ini.

sfv1-7t5a1196-kellanlutz-photobyseanoreilly

The Osiris Child mula ditayangkan di semua pawagam pada 3 Ogos ini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!