72754

Tiada Penaja, Calvin Thoo Mahu Hadiahkan Baju Buat Aishah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Imej penyanyi Aishah sewaktu membuat persembahan di konsert Gegarvaganza 4 dikritik netizen. Jika peserta wanita lain sering tampil memukau dengan persalinan yang gah dan glamor, namun lain pula buat pelantun lagu Janji Manismu itu.

Aishah sering kelihatan sedikit ketinggalan dari segi fesyen jika dibandingkan dengan teman seperjuangannya yang lain. Ada juga kedengaran cerita bahawa Aishah tidak mendapat tajaan busana seperti peserta Gegarvaganza yang lain dek tubuhnya yang sedikit besar.

screen-shot-2017-11-08-at-10-56-56-am

Tersentuh dengan isu yang telah tular ini, pereka fesyen terkenal tanah air, Calvin Thoo tampil untuk menghadiahkan Aishah sebuah persalinan.

“Sebetulnya, saya tidak mahu menaja pakaiannya, tetapi saya mahu menghadiahkan sepasang persalinan yang gah, sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi legenda negara. Itu tawaran yang ingin saya berikan kepadanya.

Malah dari dulu lagi saya amat meminatinya. Saya harap impian ini dapat ditunaikan,” katanya.

screen-shot-2017-11-08-at-10-58-30-am

Sementara itu Aishah pula berkata sejak isu ini tular, beliau menerima banyak panggilan daripada pereka fesyen tempatan serta pihak yang mahu menaja persalinan dan juga solekan untuknya.

Jika artis lain gemar membawa rombongan yang menata rias mereka, lain pula untuk Aishah.

“Saya lebih selesa dengan keadaan sekarang. Cukuplah sekadar suami yang mengiringi saya sepanjang GV4. Saya juga tidak suka diiringi ramai orang,” katanya.

screen-shot-2017-11-08-at-10-59-34-am

Tambah Aishah, sejak bergelar penyanyi, dia lebih gemar menggunakan khidmat jurusolek dan pakaian yang disediakan penganjur atau stesen televisyen, tiada masalah baginya.

Aishah juga berkata, buat masa ini dia hanya memerlukan tajaan aksesori untuk persembahan pada minggu ketiga GV4 yang akan diadakan Ahad ini.

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!