99980

Tidak Adil Jika Batal… Ogy Ahmad Daud Teruskan Konsert Khai Bahar, Tapi Bukan Di Istana Budaya - Suria FM - Segalanya Hiburan

STATUS mengenai Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia terjawab apabila penganjur yang juga penerbit Fauziah Ahmad Daud mengesahkan persembahan sulung penyanyi itu akan tetap diteruskan meskipun mereka terpaksa menukar lokasi baharu.

Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy berkata, pihaknya sedang berbincang beberapa perkara berkaitan dan memberitahu konsert itu dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini.

“Saya ambil maklum mengenai pertanyaan daripada beberapa pihak termasuk peminat yang sudah membeli tiket. Jadi, ingin dinyatakan saya selaku penganjur akan tetap meneruskan konsert sulung Khai Bahar ini.”

Baca artikel penuh di mStar

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...