87768

Tidak Lagi Berhijab Selepas Ramadan, Ini kenyataan Nur Fazura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan penampilan pelakon popular yang mengenakan Hijab sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Fazura memilih untuk mengenakan Hijab sepanjang bulan Ramadan demi menghormati bulan yang mulia dan suci itu.

Disebabkan ramai pihak yang mempertikaikan tindakan Fazura yang tidak lagi berhijab selepas Ramadan, Fazura telah terpanggil untuk menjawab tentang isu tersebut.

 

Kata Fazura kepada seorang pengguna Instagram, keputusannya untuk berhijab di bulan Ramadan bukan sahaja untuk menghormati bulan mulia itu, tetapi ia adalah masa untuk lebih merasa dekat dengan Allah dalam sebagai satu latihan untuknya terus berhijab di masa hadapan.

Katanya lagi, keputusannya untuk menanggalkan hijab selepas tamatnya Ramadan kerana perjalanan hidupnya yang telah ditetapkan tidak smaa dengan perjalanan hidup wanita-wanita lain.

Tambahnya, beliau tidak mahu memakai hijab dengan hati yang separa mahu. Beliau juga telah mengikat perjanjian untuk melakonkan karektor yang menuntut dirinya tidak berhijab sebelum Ramadan lagi.

Fazura turut menjelaskan betapa masyarakat kita sering dipenuhi dengan pemikiran yang mengelirukan. Ada yang betul-betul baik, tetapi ada juga yang sangat suka menghakimi orang lain.

Apa kata kita hanya terus mendoakan yang baik-baik untuk Fazura. Jika terus mengecam pun tiada gunanya juga. Fazura sendiri sudah bersuami. Jadi tanggungjawab untuk mendidiknya bukan jatuh ditangan netizen. Hormatilah pendirian orang lain, kerana dalam kita sibuk melihatan kesalahan orang lain, kadang-kadang kita terlupa nak lihat kesalahan kita sendiri.

SURIA puji kesungguhan Fazura untuk menutup aurat di bulan Ramadan. Malah Fazura sering memakai pakaian yang sopan sepanjang Ramadan. Semoga segala doa yang baik-baik kepada Fazura akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber