85133

Tidak Lagi Berkongsi Suami – Intan Liana Redha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika sebelum ini pelakon Izreen Azminda pernah memberi kenyataan bahawa dia cuma ingin menumpang kasih, kini Izreen tidak perlu lagi menumpang kerana suaminya Ude akan menjadi hak Izreen sepenuh apabila Ude bakal melafazkan cerai pada isteri pertama iaitu Intan Liana pada 22 Mac nanti.

24331775_1236262486517606_864594826698424320_n-541x381

Rumahtangga Ude dan Intan  yang dibina sejak tahun 2013 gagal diselamatkan biarpun Intan sanggup berkongsi kasih bersama dengan Izreen. Permohonan cerai telah difailkan oleh Ude pada 30 November tahun lalu.

Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada Ogos tahun lalu dan hanya memberitahu umum pada bulan penghujung November tahun lalu.

Intan sewaktu ditemui pihak media berkata, dia tidak tahu apa salahnya dan mengakui masih menyayangi suaminya itu.

“Selepas kejadian memang kami sudah tidak ada persefahaman, itu sahaja yang saya boleh cakap.

Saya memang redha dan saya memang terima dia (Izreen) sebagai madu saya memang saya jujur dari hati saya dan Ude pun tahu sebab kami dah berbincang. Tapi selepas itu jadi lain. Sekarang ini saya redha dengan keputusan untuk lafazkan cerai terhadap saya”, jelasnya.

Katanya lagi rumah tangganya tidak pernah dilanda masalah malah sebelum Ude dan Izreen berkahwin lagi.

“Jujur saya cakap memang tak ada apa. Tetapi selepas saya tahu memang jadi lain. Saya tak tahu pihak sebelah sana macam mana”, luahnya.

Intan juga mengakui dia tidak pernah bertemu dengan Izreen tetapi pernah menghatar mesej kepadanya sekali.

“Saya doakan yang baik- baik sebab saya redha dan saya doakan dia (Ude) jumpa jodoh yang betul untuk dia”, akhirinya.

SURIA doakan semoga ada sinar baru yang menanti kehidupan Intan Liana dan dua anaknya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!