72648

"Tidak Pernah Terfikir Walau Sesaat Untuk Buka Hijab" – Neelofa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Fesyennya sering mengundang perbalahan dikalangan netizen sehingga ada yang beranggapan satu hari nanti Noor Neelofa bakal menanggalkan hijabnya.

Neelofa sewaktu ditemui di majlis memperkenalkannnya sebagai duta Lancome Malaysia berkata, tidak terdetik walau sesaat pun di hatinya untuk membuka hijab.

screen-shot-2017-09-29-at-5-15-42-pm

“Hijab ini telah membawa saya di mana saya berada sekarang. Kenapa saya berada bersama Swarovski adalah kerana mereka mahu satu wajah yang mewakili wanita Muslim.

screen-shot-2017-09-29-at-5-20-33-pm

Kenapa saya berada di United Nation adalah kerana saya adalah wanita Muslim. Kenapa saya akan ke Boston nanti adalah untuk bercakap tentang rangkaian hijab saya. Hijab ini telah membawa saya ke serata dunia”, jelasnya.

screen-shot-2017-09-29-at-5-22-24-pm

Neelofa turut diminta untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang gambarnya yang memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut sehingga mencetuskan perdebatan maha hebat di kalangan netizen.

 

screen-shot-2017-09-29-at-5-17-12-pm

“Ini bukan pertama kali saya memakai seluar berkenaan, sudah tiga kali saya pakai.

Bagi yang komen negatif tentang apa yang saya pakai, mungkin mereka kurang memahami tentang fesyen dan jarang melihat majalah.

Sudah tentu saya akan pakai pakaian bahagian dalam jika saya memakai seluar sebegitu. Saya tidak boleh menghakimi mereka. Satu hari nanti lambat laun mereka akan faham”, ujarnya.

screen-shot-2017-09-29-at-5-24-08-pm

Kata Lofa lagi beliau tidak takut untuk bereksperimen dengan fesyen kerana akan ada lebih banyak gaya terbaru untuk wanita yang berhijab yang akan dicubanya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!