99875

Tiffany Haddish Turun 9 kg Selepas Bercinta Dengan Penyanyi Rap Comman - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS beberapa bulan membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Tiffany Haddish akhirnya tampil mengesahkan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Comman.

Memetik laporan Hollywoodlife, Tiffany mendedahkan dia berasa lebih yakin selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak sembilan kilogram sejak bercinta dengan Comman.

Malah, Tiffany juga meluahkan rasa gembira kerana mempunyai teman lelaki yang sentiasa mengambil berat dan berada di sisinya sepanjang masa.

“Berat badan saya turun dan saya berasa lebih yakin a dan saya lakukannya bukan disebabkan dia.

“Saya hanya berasa sangat gembira apabila mengetahui ada orang yang mengambil berat tentang saya, yang sentiasa berada di belakang saya, dan dia melakukannya dengan baik.

“Saya sangat sayangkan dia!” kata Tiffany ketika ditemu bual dalam program Steve-O’s Wild Ride baru-baru ini.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!