88061

Tiga Kumpulan Rock Gegarkan Sendayan Minggu Lalu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Muncul di Bandar Sri Sendayan buat kali pertama, tiga grup legenda rock telah memeriahkan Konsert Raya di bawah bumbung jenama Matrix Aidilfitri Festival di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Sehubungan itu, perayaan ini telah dijayakan bersempena ulang tahun ke-21 Matrix Concepts dan tahun keima telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Festival yang dianjurkan oleh Matrix ini bukan sahaja dilaksanakan untuk mewujudkan ruang dan peluang bagi mengukuhkan perhubungan komuniti, tetapi juga merupakan platform untuk Matrix menyatakan penghargaannya kepada penduduk Bandar Sri Sendayan atas sokongan padu mereka.

Dihoskan oleh pengacara televisyen terkenal, Dato ‘AC Mizal, festival tersebut telah mempersembahkan konsert oleh dua kumpulan rock berpengaruh iaitu Search dan Spider dan diserikan dengan kemunculan kumpulan indie, Hujan. Bermula pada pukul 9.00 malam, kumpulan-kumpulan ini telah menghangatkan panggung dan menyampaikan persembahan yang mengasyikkan serta berjaya memukau sekitar 10,000 penonton pada malam itu.

Antara lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hujan ialah Mencari Konklusi, Aku Skandal dan Empayarku. Kumpulan Spider yang dianggotai oleh Tam,Nafi,Aie dan East pula membawakan 9 buah lagu termasuk Cinta Dewa Dewi, Mungkinkah Terjadi, Laukku Cukup Masin dan Ngam Ho.

Manakala kumpulan rock yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Search membuka acara dengan lagu Pelesit Kota. Membawakan 11 buah lagu, persembahan mantap mereka antaranya menyajikan lagu-lagu seperti Pembakar Perasaan, Isi Atau Kulit, Isabella dan lagu-lagu seperti Gagalista dan Henjut.

Mengulas mengenai festival tersebut, Dato Mohamad Haslah Mohamad Amin selaku Pengerusi Matrix Concept Holdings Berhad berkata “Sama seperti muzik yang mampu menyatukan rakyat, kami berharap Festival Aidilfitri ini dapat menyatukan rakyat Malaysiai dengan bukan sahaja makanan yang enak, muzik yang hebat serta aktiviti yang pelbagai tetapi juga peluang untuk merayakan perayaan Aidilfitri ini bersama.”

Melalui festival ini, para pengunjung berpeluang untuk meneroka aktiviti menyeronokkan anjuran XPark bermula dari 9:00 pagi iaitu Push Bike Race, Strider Cup Race, Battle Track Battle, Team Relay dan BMX Track Day.

Tarikan-tarikan lain yang terdapat di Festival Matrix Aidilfitri ialah pelbagai hidangan raya yang disediakan bermula jam 3 petang seperti lemang,rendang ayam dan banyak lagi. Aktiviti lain yang disediakan ialah kayuhan riang ria raya dengan Geng Kayuh Nusari (GKN).

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!