95020

Tiga Lagenda Dalam Satu Foto - Suria FM - Segalanya Hiburan

RAJA Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) telah memuat naik gambarnya dengan dua aktor kelas dunia iaitu Jackie Chan dan Jean Claude Van Damme di laman sosial Instagram.

Shah Rukh Khan meluahkan perasaan gembira kerana dapat bertemu dengan kedua-dua pelakon yang dianggap lagenda baginya.

“Khan, Damme, Chan di #JoyForum19. Kegembiraan milik saya setelah hasrat tercapai untuk berjumpa dengan kedua-dua wira ini,” tulisnya di Instagram.

Pertemuan Joy Forum yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi telah berjaya menemukan ketiga-tiga para lagenda itu yang terdiri daripada tiga industri besar filem dunia iaitu Hollywood, Bollywood dan Mandarin.

Dalam pada itu, SRK juga berkesempatan berjumpa dengan Jason Momoa, pelakon utama filem Aquaman yang juga merupakan tetamu di Joy Forum.

Gambar ‘wefie’ Shah Rukh Khan, Jackie Chan, Jean Claude Van Damme dan Jason Momoa diambil oleh pengurus SRK sebelum ia tular dan menjadi bualan kalangan penduduk India. – India Today

Baca artikel penuh di mStar

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!