101289

Tiga Tahun Berkahwin, Cardi B Failkan Cerai Terhadap Offset - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI Cardi B mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga penyanyi Offset pada Selasa di Georgia.

Memetik laporan Hollywoodlife, Cardi juga memfailkan hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Kulture Kiari Cephus yang kini berusia dua tahun.

Menerusi dokumen tersebut, Cardi B selaku plaintif memberitahu tiada lagi jalan perdamaian antara mereka.

“Tiada jalan untuk berdamai,” katanya.

Dalam pada itu, Cardi B juga menuntut Offset untuk membayar nafkah anak perempuan mereka tanpa mendedahkan jumlah yang diminta.

Cardi B mengambil keputusan untuk bercerai dengan Offset selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit gambar dan artikel mStardan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...