72639

Tiket Konsert KRU25 Mei 2018 di Istana Budaya Sudah Mula Dijual - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-27-at-10-43-20-am

KRU Studios Sdn Bhd telah mengumumkan konsert sambutan ulangtahun ke-25 kumpulan KRU yang dinamakan
“KRU25” dan akan diadakan pada 4,5 serta 6 Mei 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pihak KRU telah lama idamkan untuk mengadakan konsert di Istana Budaya namun menanti masa yang sesuai untuk mementaskan perjalanan seni mereka melalui sebuah konsert.

Selain lagu-lagu popular KRU dari tahun 90-an sehingga kini, KRU25 di Istana Budaya adalah istimewa dan berbeza dengan konsert-konsert KRU yang lain kerana turut disampaikan melalui penceritaan walaupun majoriti segmen persembahan tetap berbentuk nyanyian bagi mengembalikan kenangan dan nostalgia peminat-peminat KRU dari dulu hingga kini.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Penerbit Eksekutif KRU25 pemilihan lokasi Istana Budaya adalah amat sesuai dengan konsep persembahan yang ingin disampaikan oleh mereka. Selain pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya yang dinaiktaraf, suasana eksklusif di Istana Budaya juga akan memberi keselesaan kepada penonton bagi menghayati konsert selama 2 jam ini.

Walaupun KRU25 hanya akan diadakan sekitar tujuh bulan dari sekarang, pihak KRU membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh ini lebih awal memandangkan ramai peminat KRU telah lama menantikan pengumuman ini dan bagi memastikan peminat-peminat yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang dan di luar negara dapat membuat persediaan awal menjelang Mei nanti.

Sambutan KRU25 telah bermula sejak Ogos 2016 apabila KRU mengadakan konsert di Esplanade, Singapura di mana tiketnya habis dijual. Tidak lama lagi, KRU bakal mengeluarkan single terbaru yang turut dimasukkan dalam album kompilasi KRU25 dalam bentuk digital, CD, DVD dan Vinyl. KRU juga sedang dalam proses penerbitan “Rockumentary” tentang penglibatan KRU didalam dunia seni sejak 1992.

Tempahan tiket dari harga RM158 (tidak termasuk GST) boleh dibuat melalui talian hotline 03-22760038 dan emel kru25@krustudios.com mulai hari ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!